8 Langkah Elakkan Gigitan Nyamuk Aedes Yang Perlu Anda Tahu

8 Langkah Elakkan Gigitan Nyamuk Aedes Yang Perlu Anda Tahu

Nyamuk aedes adalah antara serangga yang boleh membawa penyakit yang berbahaya. Kita orang yang dewasa mungkin mampu bertindak dengan sendiri sekiranya digigit nyamuk aedes namun tidak bagi bayi atau kanak-kanak.

aedes, denggi

Berikut adalah 8 langkah untuk mengelak daripada gigitan nyamuk aedes yang boleh diamalkan.

  1. Lindungi kulit dengan memakai seluar dan baju lengan panjang terutama ibu hamil.
  2. Menggunakan repellen (krim anti gigitan nyamuk) untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.
  3. Tidur dalam kelambu pada waktu malam.
  4. Pasang jaring penghalang nyamuk pada pintu dan tingkap.
  5. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
  6. Sembur aerosol racun serangga.
  7. Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) atau senja (6 hingga 8 malam). Waktu ini adalah waktu aktif nyamuk aedes menggigit.
  8. Jangan sediakan tempat untuk nyamuk membiak seperti bekas-bekas atau air bertakung. Bersihkan dengan kerap jika terdapat air bertakung di kawasan rumah anda seperti pelapik pasu, mangkuk haiwan peliharaan dan sebagainya sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge