Browsed by
Category: Kehamilan

3 Faktor Yang Menyebabkan Overdue

3 Faktor Yang Menyebabkan Overdue

3 FAKTOR YANG MENYEBABKAN OVERDUE
Menunggu kehadiran cahayamata. Tak sabar sebenarnya nak tengok anak lahir kan?
Tapi…alamak, overdue pula..

ostematrix

Terdapat 3 faktor yang menyebabkan kandungan melebihi tempoh jangkaan (overdue).

Pertama – sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang, jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.

Kedua – saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormone oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

Ketiga – tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

Nota ummi

Berdasarkan 3 faktor penyebab ini, ummi rasa ummi overdue berdasarkan faktor yang ketiga iaitu tiada kontraksi. Jika dikira faktor keturunan, emak ummi ada cakap dia masa mengandung tidak pernah melebihi tarikh jangkaan sebab ada yang lahir awal dan ada yang lewat hanya sehari dua tapi bila ummi mengandungkan mujahid luqman, ummi overdue hampir seminggu! 40 minggu 5 hari.

Faktor saiz kepala bayi besar pun bukan penyebab sebab kepala mujahid luqman normal jer. Doktor tak ada pulak cakap kepala mujahid luqman besar sewaktu pemeriksaan rutin di klinik.

Hari ke-6 kalau ummi masih tak sakit untuk bersalin, ummi kena pergi ‘serah diri’ di hospital untuk dipaksa kelahiran bayi ummi. Hari ke-5 overdue jatuh hari jumaat, ummi sempat ajak suami ummi pergi pasar pagi Kuala Besut . Jalan-jalan cuci mata dan dalam masa yang sama nak cepatkan kelahiran sebab banyak berjalan memudahkan kelahiran sampai suami ummi tegur ummi jalan macam orang tak mengandung! Serius ummi langsung tak rasa sakit atau berat perut sedangkan mujahid luqman lahir dengan berat 3.2kg.

Ummi turun tanda darah campur lendir pada pukul 11 pagi dan pergi serah diri kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selepas solat jumaat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sepanjang mengandungkan luqman, ummi amalkan ostematrix shaklee. Alhamdulillah , sakit belakang, lenguh-lenguh kurang. Dah nak dekat bersalin pun boleh pergi bercuti, shopping jalan merata. memang lasak yakmat !

ostematrix shaklee

 

Ini dia si putih yang diamalkan itu. Selain mengurangkan kejang, lenguh, sakit belakang dan memelihara keutuhan gigi dan tulang ibu hamil serta membekalkan kalsium untuk si dia di dalam kandungan, ianya juga mampu membantu masalah sembelit ibu hamil . Ngeri bukan sembelit semasa hamil? Silap haribulan boleh kena buasir berdarah-darah kan? Ish !

ostematrix shaklee

Bukan sekadar kalsium. Ianya juga membantu degupan jantung yang normal. Kadar penyerapan kalsium dalam Ostematrix ini juga sangat awesome. No wonder lah, makan malam sebelum tidur, esok pagi rasa ringan badan nak bangun.

ostematrix shaklee

Alhamdulillah..alhamdulillah. Luqman pun dah lahir , jadi anak yang kuat. Kakinya makin kuat menendang. Bila berdiri tegakkk je..perasan dah boleh jalan la tu. Perkembangannya juga agak cepat.

Mommies yang mahu cuba Ostematrix semasa mengandung boleh hubungi UMMI NURUL ya  di talian 013 972 5274 . 

Paling best ! Bulan ini promo Ostematrix kaw-kaw. Boleh buat stok untuk berpantang dan menyusu juga nanti. Selamat mengharungi hari-hari kehamilan dengan bahagia semua ya.

Untuk tempahan dan pertanyaan :

UMMI NURUL

013 972 5274

FB : Mencari SinarMu

Shaklee ID : 1209305