Sukar tidur ketika hamil. Benarkah? 6 tip mengatasi sukar tidur yang patut anda ikuti

Sukar tidur ketika hamil. Benarkah? 6 tip mengatasi sukar tidur yang patut anda ikuti

Sukar tidur  adalah masalah yang biasa dialami oleh kebanyakkan ibu hamil. Semua bakal ibu akan merasainya termasuklah saya 🙂

Kenapa yer ibu hamil sukar untuk tidur?

Tidak hanya berdasarkan faktor perut yang besar. Ada kalanya diawal kehamilan pun ada bakal ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur.

Mungkinkah ia salah satu ‘syarat’ yang wajib kita lalui sebagai ibu hamil? aha.. apa-apa pun, ada hikmahnya.

Kehamilan adalah saat yang sangat indah. Raikan segala pengalaman yang dilalui ketika hamil dengan rasa gembira. dan bahagia.

Ikuti 6 tip mengatasi kesulitan tidur semasa kehamilan

Posisi tidur yang selesa

Faktor penting untuk dapat tidur dengan selesa.

Posisi tidur terbaik sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke sisi kiri kerana ia dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.

Mandi dengan air panas

Mandi dengan air panas atau air suam berserta dengan sabun yang wangi akan member rasa segar dan membantu anda untuk tidur

Hindari terlalu banyak makan sebelum tidur

Ibu hamil sering berasa ingin makan sesuatu pada malam hari. Cuba hindari makan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. Gantikan dengan makanan ringan yang lain atau segelas susu panas. Hal ini dapat mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut yang akan meganggu waktu tidur.

Minum segelas susu panas

Membantu untuk tidur nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang akan membantu untuk tidur.

Berjimak

Salah satu cara yang terbaik untuk memberikan rasa relaks dan santai.

Jika tidak mampu, minta tolong pasangan untuk memberikan urutan yang lembut sehingga berasa tenang dan bahagia.

Latihan menarik nafas

Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk tidur lebih baik.

Cari posisi yang selesa untuk duduk, berdiri atau berbaring lalu tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat.

Hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge