Browsed by
Tag: ostematrix

Benarkah Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil? Jom Semak Jenis Nutrisi Yang Diperlukan.

Benarkah Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil? Jom Semak Jenis Nutrisi Yang Diperlukan.

Benarkah nutrisi penting untuk ibu hamil?

Alhamdulillah, diri disahkan hamil!!! Apa perkara pertama yang difikirkan oleh ibu-ibu sekalian setelah diri disahkan hamil?

Alhamdulillah berbaloi penantian selama 2,3,4 atau mungkin 7,8 tahun?

Bestnya nak ada anak. Sudah letih menjawab pertanyaan makcik-makcik bawang (makcik-makcik yang suka gossip sambil kupas bawang masa kenduri kendara)

Jantina apa yer?

Excitednya nak beli baju!!

Opsss…..tunggu dulu

Adakah semua yang diatas itu perkara yang paling penting?

Sejujurnya saya juga begitu, setelah penantian hampir 2 tahun baru dikurniakan rezeki. Mungkin tempoh itu belum cukup lama tapi bagi yang merasai dan menunggu, ia memang tersangat lama dirasakan.

Ok, berbalik kepada soalan, benarkah nutrisi penting untuk ibu hamil?

Sebenarnya nutrisi ketika hamil adalah perkara pertama yang patut difikirkan oleh bakal ibu sekalian. Hal ini adalah kerana setiap apa yang dimakan oleh ibu akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Sebaik sahaja kandungan memasuki trimester kedua, pertumbuhan janin mula berkembang pesat terutamanya otak si manja. Oleh kerana itulah anda memerlukan gizi seimbang yang optimum. Amalan gizi yang buruk bukan sahaja member kesan kepada ibu malah mempengaruhi bayi juga. Ibu mungkin menderita anemia dan kurang zat makanan. Bayi pula mungkin akan lahir dengan berat badan yang rendah atau pra matang. Bayi juga berkemungkinan tidak sempat dilahirkan akibat keguguran.

Jadi, perkara utama yang perlu dititik beratkan ialah mengikuti empat langkah berikut:

  1. Tingkatkan pengambilan kalori antara 200 ke 300 kalori sehari.
  2. Amalkan konsep makan sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya lima hingga enam kali sehari.
  3. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat.
  4. Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral khususnya zat besi.

Jika ibu-ibu selama ini sudah terbiasa dengan pola pemakanan yang tidak sihat, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat itu. Seawal usia kehamilan, ubah cara makan dan ambiklah yang terbaik agar kesihatan ibu serta buah hati sentiasa terjamin.

Contoh pengambilan makanan yang seimbang.

Karbohidrat

Karbohidrat sangat penting dalam menghasilkan tenaga yng diperlukan tubuh namun ianya perlu diambil dalam jumlah yang sederhana. Antara jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, pasta, kekacang, sayuran berkanji (kentang) dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, produk tenusu dan sayur-sayuran. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan ibu mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

Protein

Protein turut dikenali sebagai sumber zat pembangun dapat diperoleh daripada daging lembu,ayam, ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Digalakkan mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mencukupi terutamanya daripada sumber ikan, akan menyukarkan untuk memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak janin.

Jadi, masa mengandung ni, bakal ibu perlu lebih banyak makan ikan tau. Itu yang mudah kita ingat bila sebut protein kan. Tapi kalau nak lagi mudah tanpa perlu pening kepala, ibu-ibu boleh amalkan minum Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Setiap satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilan dalam jumlah yang seimbang dapat membantu mengelakkan diri daripada mengalami masalah sembelit yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Kandungan vitamin dapat membantu penyerapan zat besi. Elakkan memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikategorikan sebagai ‘sejuk’ dan ‘tajam’.

Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa.jadikan ia seperti kudapan kita hari-hari. sihat anak dalam perut nanti kan.

 

Air

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup dan sebagainya perlulah dalam anggaran 9 gelas sehari tetapi jika berhadapan dengan cuaca panas, pengambilan air perlu ditambah. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang turut menjadi punca pandangan kabur untuk tempoh tertentu.

Ibu mengandung memang perlu minum banyak air supaya badan tak letih dan bertenaga. Tidak la nanti asyik tidur jer. Tidur yang banyak masa mengandung tak baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan tau.

Zat besi

Sumber makanan yang mengandungi zat besi boleh menghindari diri daripada anemia. Kekurangan zat besi menyebabkan tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Jumlah zat besi yng diperlukan setiap hari adalah 27 hingga 30mg besi. Perbanyakkan memakan sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati. Zat besi daripada sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber tumbuh-tumbuhan.

Kalsium

Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Jika kalsium bayi tidak mencukupi, bayi akan ambil kalsium dari tulang ibu. Ha, inilah yang berlaku pada saya dulu bila tiba-tiba gigi depan patah. Memang kurang minum susu. Apa lagi, cepat-cepat cari susu minum. Tapi nak lagi mudah saya ambik suplimen OSTEMATRIX dari Shaklee. Kalsium boleh diperolehi dari sayuran hijau, kekacang, susu dan produk tenusu. Macam banyak kan sumber kalsium tapi masa mengandung adakah kita boleh makan semua? Mesti ramai yang alahan pada makanan kan. Ibu mengandung perlukan 1000-1500mg kalsium setiap hari atau sekurang-kurangnya empt gelas susu. Tapi kalau asyik muntah bila makan, macam mana nak dapat kalsium tu? Susu pun kadang-kadang ada yang tak boleh minum masa mengandung. Jadi saya syorkan OSTEMATRIX la untuk bantu ibu hamil cukup bekalan kalsium.

Asid folik

Asid folik banyak terdapat dalam sayuran hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Ibu mengandung perlukan 400mcg sehari terutamanya di 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan asid folik boleh membantu perbentukan otak dan spina bifida.

Vitamin B kompleks

B kompleks membantu menjaga system saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. B kompleks banyak terdapat dalam biji-bijian, kekacang, sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

Ala, untuk asid folik dengan B kompleks ni boleh terus makan suplimen Shaklee B COMPLEX. B COMPLEX ni dah merangkumi asid folik dengan vitamin B. Sangat membantu ibu hamil tanpa perlu pening kepala memilih makanan yng berkhasiat.

Vitamin D

Vitamin D membantu pertumbuhan dan perbentukan tulang bayi. Vitamin D terdapat dalam minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

Vitamin E

Vitamin E membantu menbentuk sel darah merah yang sihat. Vitamin E terkandung dalam gandum, kekacang dan sayuran hijau.

Ibu-ibu yang hamil juga boleh mengambil set kehamilan dari Shaklee sebagai pelengkap yang dapat membantu dalam memastikan ibu-ibu sekalian mendapat gizi yang seimbang.

Set kehamilan ini terdiri daripada 6 jenis produk yang mana setiap satunya memainkan peranan yang tersendiri dalam membantu kesihatan ibu secara optimum. Kenali fungsi setiap produk dalam SET KEHAMILAN SHAKLEE yang mampu menbantu ibu-ibu hamil mendapat khasiat yang secukupnya.

 

3 Faktor Yang Menyebabkan Overdue

3 Faktor Yang Menyebabkan Overdue

3 FAKTOR YANG MENYEBABKAN OVERDUE
Menunggu kehadiran cahayamata. Tak sabar sebenarnya nak tengok anak lahir kan?
Tapi…alamak, overdue pula..

ostematrix

Terdapat 3 faktor yang menyebabkan kandungan melebihi tempoh jangkaan (overdue).

Pertama – sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang, jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.

Kedua – saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormone oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

Ketiga – tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

Nota ummi

Berdasarkan 3 faktor penyebab ini, ummi rasa ummi overdue berdasarkan faktor yang ketiga iaitu tiada kontraksi. Jika dikira faktor keturunan, emak ummi ada cakap dia masa mengandung tidak pernah melebihi tarikh jangkaan sebab ada yang lahir awal dan ada yang lewat hanya sehari dua tapi bila ummi mengandungkan mujahid luqman, ummi overdue hampir seminggu! 40 minggu 5 hari.

Faktor saiz kepala bayi besar pun bukan penyebab sebab kepala mujahid luqman normal jer. Doktor tak ada pulak cakap kepala mujahid luqman besar sewaktu pemeriksaan rutin di klinik.

Hari ke-6 kalau ummi masih tak sakit untuk bersalin, ummi kena pergi ‘serah diri’ di hospital untuk dipaksa kelahiran bayi ummi. Hari ke-5 overdue jatuh hari jumaat, ummi sempat ajak suami ummi pergi pasar pagi Kuala Besut . Jalan-jalan cuci mata dan dalam masa yang sama nak cepatkan kelahiran sebab banyak berjalan memudahkan kelahiran sampai suami ummi tegur ummi jalan macam orang tak mengandung! Serius ummi langsung tak rasa sakit atau berat perut sedangkan mujahid luqman lahir dengan berat 3.2kg.

Ummi turun tanda darah campur lendir pada pukul 11 pagi dan pergi serah diri kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selepas solat jumaat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sepanjang mengandungkan luqman, ummi amalkan ostematrix shaklee. Alhamdulillah , sakit belakang, lenguh-lenguh kurang. Dah nak dekat bersalin pun boleh pergi bercuti, shopping jalan merata. memang lasak yakmat !

ostematrix shaklee

 

Ini dia si putih yang diamalkan itu. Selain mengurangkan kejang, lenguh, sakit belakang dan memelihara keutuhan gigi dan tulang ibu hamil serta membekalkan kalsium untuk si dia di dalam kandungan, ianya juga mampu membantu masalah sembelit ibu hamil . Ngeri bukan sembelit semasa hamil? Silap haribulan boleh kena buasir berdarah-darah kan? Ish !

ostematrix shaklee

Bukan sekadar kalsium. Ianya juga membantu degupan jantung yang normal. Kadar penyerapan kalsium dalam Ostematrix ini juga sangat awesome. No wonder lah, makan malam sebelum tidur, esok pagi rasa ringan badan nak bangun.

ostematrix shaklee

Alhamdulillah..alhamdulillah. Luqman pun dah lahir , jadi anak yang kuat. Kakinya makin kuat menendang. Bila berdiri tegakkk je..perasan dah boleh jalan la tu. Perkembangannya juga agak cepat.

Mommies yang mahu cuba Ostematrix semasa mengandung boleh hubungi UMMI NURUL ya  di talian 013 972 5274 . 

Paling best ! Bulan ini promo Ostematrix kaw-kaw. Boleh buat stok untuk berpantang dan menyusu juga nanti. Selamat mengharungi hari-hari kehamilan dengan bahagia semua ya.

Untuk tempahan dan pertanyaan :

UMMI NURUL

013 972 5274

FB : Mencari SinarMu

Shaklee ID : 1209305